Sponsors

Rabu, 05 Maret 2014

Hata Wahari Mahu Dedah Rahsia Utusan Melayu


KUALA LUMPUR – Bekas wartawan akhbar Utusan Malaysia, Hata Wahari yang kini menganggotai parti DAP akan mendedahkan identiti kolumnis akhbar Utusan Malaysia, Awang Selamat pada satu seminar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini pada 2 September ini.

Mynewshub.my difahamkan seminar bertajuk “Memahami Utusan Malaysia – Siapa Awang Selamat” anjuran bersama KLSCAH dan Angkatan Kewartawanan dan Ruang Awam Bebas (Akrab) tersebut akan berlangsung di Auditorium KLSCAH di sini bermula pukul 8 malam.

Menurut satu kenyataan media KLSCAH dan Akrab, Hata yang juga bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) pada seminar itu akan turut mendedahkan setiap fungsi, gerakan dan perkara yang berlaku di Utusan Malaysia.

“Siri pertama seminar ini akan menampilkan Hata membicarakan tajuk pertama tersebut dan bicara ini akan di ulas oleh Prof. Zaharom Nain. Hata akan turut membicarakan setiap perkara dalam Utusan Malaysia sejak beliau menjejakkan kaki ke syarikat akhbar itu 18 tahun lalu.

“Beliau (Hata) akan turut membincangkan siapakah berada di sebalik pintu pagar Utusan Melayu, siapakah perancang utama dalam Utusan Melayu dan bagaimana sikap pengarang dan wartawan Utusan Melayu serta paling penting siapakah Awang Selamat yang bukan sahaja dilindungi untuk melemparkan fitnah kepada sesiapa sahaja yang disukai malah kebal daripada tindakan undang-undang,” dakwa kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu turut mendakwa seminar “Memahami Utusan Malaysia – Siapa Awang Selamat” itu akan turut membincangkan mengenai Said Zahari yang dianggap ikon kepada kebebasan media di Malaysia pada 1961 apabila bertindak berani memimpin wartawan Utusan Melayu melakukan mogok bagi membantah tindakan UMNO menguasai akhbar itu.

Dakwa kenyataan itu, mogok pekerja Utusan Melayu secara besar-besaran itu bermula apabila Said Zahari yang merupakan Ketua Pengarang Utusan Melayu pada waktu itu ditukarkan ke Singapura apabila beliau enggan bekerjasama dengan UMNO menguasai akhbar berkenaan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar