Sponsors

Selasa, 17 Desember 2013

AES didakwa tidak beri manfaat

Wartawan Sinar Harian
20 Oktober 2012
AES didakwa tidak beri manfaat
Rata-rata menunjukkan bantahan terhadap pemasangan sistem AES kerana menganggap ia hanya menguntungkan sesetengah pihak dan rakyat yang menerima beban.
TAIPING – Lebih 20 individu mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di sini, bagi membantah pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang disifatkan tidak membawa sebarang kebaikan kepada rakyat.
Naib Ketua Cabang PKR Bukit Gantang, Lee Ling Kong berkata, beliau mewakili penduduk di Bukit Gantang dan Taiping ingin menyatakan bantahan terhadap pemasangan sistem berkenaan terutama di sekitar daerah Larut Matang dan Selama.

“Seharusnya sistem ini tidak boleh diswastakan kerana ia hanya akan menguntungkan syarikat swasta yang terlibat,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau berkata, perkara tersebut sebenarnya boleh membebankan rakyat kerana di tempat-tempat yang mempunyai kelajuan rendah juga diletakkan kamera.

“Sistem ini tidak seharusnya dipasang di tempat-tempat had laju di bawah dari 90 km/j di jalan-jalan persekutuan dan 110 km/j di lebuh raya.

“Tindakan memasang AES di tempat yang ditetapkan kelajuan 30 km/j dan 60 km/j adalah tidak munasabah,” katanya.

Tambah beliau lagi, pihak kerajaan perlu mengkaji sedalam-dalamnya sistem ini adakah ia boleh memberikan kebaikan atau sebaliknya.

“Jika kerajaan tetap ingin melaksanakan sistem ini, penyelidikan menyeluruh perlu dilakukan, barulah kita ambil keputusan sama ada akan terus melaksanakannya atau tidak,” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar