Sponsors

Kamis, 26 Desember 2013

Penduduk Takut Tengok Badut Makin Ramai


Salah memang tak salah tapi trend terbaru di Norfolk, timur England telah membuatkan segelintir orang berasa takut.

Trend dimaksudkan adalah perlakuan satu kumpulan yang gemar memakai pakaian badut termasuk rambut palsu merah lalu berkeliaran dalam kelompok masyarakat.

Susulan itu, pihak polis tempatan menerima beberapa panggilan telefon melaporkan mereka ketakutan melihat ramai orang berpakaian seperti badut terutama di sekitar Gaywood, dekat King’s Lynn sejak Selasa lalu.

Superintendan Carl Edwards  berkata, pihak polis menyedari kelakuan golongan ini menakutkan sesetengah orang terutama golongan tua dan kanak-kanak namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan memakai pakaian badut bukan satu kesalahan di sisi undang-undang.

Jelasnya, setakat ini belum ada kes diganggu atau dicederakan tetapi pihak polis menasihati orang ramai agar mengabaikan kumpulan badut berkenaan yang dianggap cuba meraih perhatian masyarakat.

Macam-macam. Banyak betul masa orang yang buat kerja macam ni. - REM RAMZI

Sumber: Metro UK

Tidak ada komentar:

Posting Komentar