Sponsors
Senin, 16 Desember 2013
MIC usah putar belit kenyataan Salahudin tentang Thaipusam Salehudin kata Thaipusam sebagai perarakan aman bukan bertujuan menghina kaum India
Harakahdaily
23 Jun 2012 |
Naib ketuanya Raja Ahmad Iskandar Al-His berkata, kenyataan Salahudin yang memberi contoh perarakan Thaipusam sebagai perarakan aman bukan bertujuan menghina kaum India di negara ini sepertti difahami T Mohan.
"DPPM menganggap T Mohan sebagai ketandusan isu untuk dibangkitkan sehingga terpaksa memutarbelitkan kenyataan YB Salahuddin untuk kepentingan politik mereka yang sempit.
"Mungkin kerana sokongan rakyat khususnya warga India terhadap MIC semakin berkurangan menjadikan beliau resah hingga beliau terpaksa mencari isu-isu remeh untuk dijaja kepada rakyat bagi meraih simpati terhadap MIC," kata Raja Ahmad.
Menurutnya, semua yang mengikuti debat tersebut memahami bahawa tiada niat sedikitpun di nurani YB Salahuddin Ayub untuk mempersenda agama Hindu melalui kenyataan perarakan Thaipusam.
Salahudin katanya memberi contoh bahawa itu adalah satu perarakan yang aman, teratur dan lancar yang dibuat setiap tahun.
"Dalam bahasa yang mudah, itu adalah suatu perarakan jalanan yang dibuat oleh masyarakat beragama Hindu setiap tahun, dan ia berlangsung dengan baik tanpa ada sebarang provokasi.
"Apakah mesej yang jelas dan mudah ini gagal difahami dengan baik oleh T Mohan sehingga memberikan tafsiran yang negatif pada beliau," soalnya.
Tambahnya, jika inilah mentaliti T Mohan, DPPM mengagak jangka hayat politik beliau sebagai pemimpin MIC tidak lama.
Rakyat ujarnya, sukar menerima pemimpin yang berfikiran sempit dan hanya menjurus kepada persoalan remeh. Rakyat kini sudah semakin matang dan cerdik dan berfikiran jauh dengan melihat Malaysia di masa hadapan.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar